©
-
nasihat
Saturday, 19 October 2013 @ 21:35
aku rasa ingin marah,
marah dengan orang islam zaman sekarang.
bila orang memberi nasihat atas kesalahan kau,
kau kata "alah, macam kau tak pernah buat dosa!"
apa kau ingat orang yang tak ada dosa sahaja boleh memberi nasihat?!
apa kau ingin menjadi orang yang rosak?!

orang memberi nasihat supaya kau tidak terpesong!
cubalah kau buka minda kau.
jangan sempitkan lagi otak kau yang sedia sempit tu!

memanglah semua orang pernah membuat dosa,
termasuk kau dan aku.
tapi, kau nak menambahkan lagi koleksi dosa kau?
tidakkan?
jadi kita perlulah terima nasihat orang.

ingatkan pada diri kita,
orang menegur kita kerana mereka sayang kita.
mereka tak mahu kita melakukan perkara yang tidak elok.

kita balas nasihat mereka,
senyum kepada mereka dan katakan "terima kasih"
ingat, mereka mahu kita jadi orang yang baik.

renung-renungkanlah sayangku :)


Older // Newer