Lagu Tentang Percaya.
Thursday, 6 June 2013 @ 17:45
"kadang-kadang hidup bersendirian di atas muka bumi ini begitu menakutkan, begitu menyeramkan"
"kadang-kadang kita rasa semua orang ada ramai dikeliling kita, berapa orang yang perasan sebenarnya kita derita?"
"terlalu susah untuk hidup sekarang. tersalah percaya, hah, habis kau diserang"
"kepercayaan itu sebenarnya sudah....ilusi. dalam dunia ini kita sendiri"
"tapi disekali-sekala yang berikan hati kita, kita rasakan 'hey yang ini aku boleh percaya. aku begitu percaya'"
"di ambilnya hati tadi dan dibelah-belah, dikerat mati. dibiarkan kita sendiri terbengkalai sendirian lagi"
"maka bagaimana untuk kita percayakan pada dunia bila dunia selalu membelakangkan kita? lalu bagaimana kita mahu hidup bila tidak ada sesiapa yang mahu memuuk kita.. disaat derita..... bila kita gelita?"
"lalu aku mengatakan pada diri yang dunia ini memang sebenarnya begitu jahat. aku hilang kemanusiaan dalam diri, aku biarkan benci terpahat"
"aku pandang semua dan aku kata 'tak akan ada yang ku percaya'"
"lalu sebelum dunia memaling pada aku, aku palingkan pada dunia itu. sebelum orang menghancurkan aku, aku hancurkan dia dulu"
"aku mengharap pada dunia akan terus pejus dan terus mati. tapi di dalam aku sendiri"
"kita sebenarnya bencikan sesuatu kerana kita terlalu cinta. tapi apalah makna cinta bila tidak ada yang mahu menjaganya"
by Fynn Jamal http://www.youtube.com/watch?v=pKlwAy9R7CA